Bila Photographer Naik Angin

Enteri kali ini bukan la nak burukkan sape-sape, just nak share senario yang kebanyakkan photographer hadapi bila berhadapan dengan customer yang tidak ada rasa hormat kepada photographer perkahwinan seperti kami. Kami bukan la mengejar keuntungan semata-mata. Perkhidmatan yang kami beri adalah untuk kepuasan pelanggan. Charge mahal yang kami kenakan ke atas perkhidmatan kami bukan kerana kami tamak, tetapi banyak kos yang kami perlu tanggung semata-mata nak puaskan hati pelanggan. kalau nak kata untung banyak memang takde la, lagi-lagi yang buat part time photographer. Bagi kami minat dan kepuasan pelanggan yang kami utamakan. Tapi kalau charge mahal, kualiti teruk, memang patut pun kena marah. Tak semua photographer adalah sama, jangan salahkan nila setitik rosak susu sebelangga. Ada yang buat kerana minat, ada yang buat kerana duit semata-mata dan tak kurang juga ada yang buat kerana suka-suka. Terpulang la pelanggan untuk memilih.

dibawah ni saya bagi satu posting sahabat photographer dalam FB nya berkenaan kes pelanggan yang tak hormatkan photographer. Setiap photographer juga punya maruah dan harga diri. Bila dah customer buat hal, maka ni la hasilnya sampai post kat FB...walau apa pun be professional k...Adios......



 
Copy dr FB YusRi Wide Belom Full " ayat seorang bakal custumer yang x jadi""saya rasa awak x layak jadi fotografer utk majlis perkahwinan sy...sbb awak cuma pakai kamere nikon...kalu awak pakai kamere Leica baru sy upah awak...lagipun pakej awak mahal sgt...smpi rm 1500...sy mampu bayar rm 500 ja untuk fotografer kahwin sy""....sy tersenyum lalu berkata...terima kasih...nanti sy kenalkan kawan syyg shoot pakai lense Carl Zeis sepenuhnya...Lense mahal tu...dia caj rm 100 ja...""lalu dgn teruja pompuan tu bertanya...bg no tel boleh???? kamare aper die pakai??? sy dgn senyum menjawab...Nokia N97 ja..".....nah amik poster iklan nie....terbaekkkk...untunglahhh Nota : Saya percaya, ada kawan2 photog yg sanggup shoot dengan harga lagi murah @ free sahaja untuk sedara mara dan kawan2 rapat mereka.....sebab apa?...sebab sedara & kawan2 mereka faham apa RESPEK...kami bukanlah tamak sangat...just be reasonable larr

White Balance

White balance is a setting within your camera that you can control to produce photos that have the right colour temperature. Using the wrong white balance can lead to weird looking colour casts in your photos. We can also intentionally mix colour temperatures to produce some dramatic results. Here is my white balance chart which shows a matrix of white balance settings and their matching environments, showing which white balance setting to use in when lit by a particular light source, so that our photos end up with the right colour temperatures.
In my diagram, I have arranged the white balance settings which run from cool (blue) to warm (orange). Tungsten is at the beginning of the spectrum at about 2500K (Kelvin), Fluorescent at 3300K, Daylight at 5500K, Flash at 5800K, Cloudy at 6500K, Shade at 7000K onwards. On the bottom row are the matching light sources which these white balance settings are used for.

Fotografi dan Pengawalan Situasi

Oleh:  Malique (Mr.Photo)

Semua peminat fotografi tentunya mempunyai pengalaman tersendiri dalam bidang fotografi sama ada ianya pengalaman manis ataupun pahit. Bagi yang benar-benar meminati seni fotografi, setiap pengalaman yang ditimba akan menjadikan mereka lebih komited dan bersemangat untuk memperbaiki mutu gambar yang di ambil. 

Menimba ilmu adalah salah satu cara untuk setiap peminat fotografi untuk memperbaiki mutu seni fotografi masing-masing. Walaubagaimanapun, menimba ilmu biarlah dengan cara yang betul. Banyak cara yang boleh mendatangkan 2 perkara sekaligus iaitu ilmu dan pengalaman. Ada dikalangan photographer yang menjadikan kelas-kelas fotografi sebagai flatform untuk bermula dalam industri seni fotografi, ada yang bermula dari tunjuk ajar dari kawan-kawan, ada yang bermula dari majalah dan juga tak kurang juga yang menimba ilmu dari media massa. Walau apa pun pendekatannya, apa yang penting adalah minat yang mendalam terhadap apa yang kita buat dan perlulah mempunyai focus dan matlamat yang jelas dalam industri ini. Mungkin ada di kalangan kita yang menjadikan fotografi sebagai hobi sahaja dan tak kurang juga yang serius menjadikan fotografi sebagai punca pendapatan utama dan sampingan. Walau apa pun tujuan seni fotografi kita, jangan sesekali kita merosakkan industri ini dengan sikap pentingkan diri serta melakukan penipuan terhadap pelanggan-pelanggan kita. Mereka telah memberikan kepercayaan kepada kita dan yakin bahawa kita akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka. Seharusnya kepercayaan mereka itu kita balas dengan mutu kerja yang terbaik dan terindah buat mereka. 

Tidak dinafikan bahawa kadang-kadang terdapat juga pelanggan yang melebihi had sehingga memeningkan kepala Photographer. Disinilah kita sebagai photographer perlu rasional dan menjadikan perbincangan sebagai jalan terbaik untuk mencapai keputusan. ikut hati mati, ikut rasa binasa. Biar keadaan berada dalam situasi ‘menang-menang’ kepada kedua-dua pihak.

Industri fotografi sangat indah, seninya juga sangat indah. Sama-sama la kita menjaganya supaya yang dikejar dapat, yang dikendong tidak berciciran. kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi..zzzzzaaaaassss. 

Apa yang anda tahu tentang Fotografi?


Fotografi ialah proses untuk menghasilkan gambar foto melalui tindakan cahaya. Pola-pola cahaya yang dipanculkan atau dipancarkan oleh objek-objek dirakamkan pada perantaraan peka atau cip storan melalui pendedahan tempoh tertentu. Proses ini dilaksanakan melalui peranti-peranti mekanik, kimia atau digit yang dikenali sebagai kamera.
Perkataan fotografi datang daripada perkataan Greek, iaitu φως phos ("cahaya"), dan γραφις graphis ("stilus", "berus lukis"), atau γραφη graphê yang bersama-sama bermaksud "pelukisan dengan cahaya" atau "lukisan". Secara tradisi, hasil daripada fotografi dipanggil "gambar foto". Dalam fotografi digit, istilah "imej" telah bermula menggantikan istilah "gambar foto". (Istilah "imej" ialah istilah tradisi dalam bidang optik geometri. Fotografi juga dikenali sebagai "tangkap gambar" dalam bahasa Melayu.
Prosesnya melibatkan dua peralatan penting iaitu:
1.    Pengumpul cahaya = Kamera
2.    Perakam cahaya = Filem atau sensor

Kamera ialah alat yang digunakan untuk merakam imej sebagai gambar foto yang pegun atau satu susunan imej bergerak (filem atau video). Istilah ini serta kamera masa kini berevolusi dari camera obscura, frasa bahasa Latin bagi "bilik gelap", suatu mekanisme awal bagi memaparkan imej, yang mana seluruh bilik yang berfungsi sebagai sistem penghasilan imej tepat pada masa. Camera obscura ini mula-mula dicipta oleh ahli sains Muslim bernama Abu Ali Hasan Ibn Al-Haitham dan disifatkan dalam buku beliau bertajuk Kitab al-Manazir ("Buku Optik", 1015-1021). Saintis berbangsa Inggeris Robert Boyle dan Robert Hooke kemudiannya mencipta camera obscura yang mudah alih sekitar 1665-1666.
Kamera boleh berfungsi melalui cahaya spektrum nyata atau melalui bahagian-bahagian lain pada spektrum elektromagnetik. Sesebuah kamera biasanya berlampirkan sejenis rongga dengan satu bukaan di sebelah bagi memasukkan cahaya, dan satu permukaan rakaman atau pandangan bagi menangkap cahaya itu pada sebelah yang lain. Kebanyakan kamera mempunyai sebutir lensa yang terlatak di hadapan bukaan kamera untuk mengumpul cahaya yang masuk dan untuk memfokuskan imej, atau sebahagian imej, pada permukaan rakaman. Diameter bukaan itu biasanya dikawal oleh satu mekanisme diafragma, namun ada kamera yang mempunyai bukaan bersaiz tetap.
Penderia atau Sensor merupakan sejenis pemindah. Penderia petunjuk lansung seperti termometer merkuri, boleh dibaca oleh manusia. Penderia lain seperti termogandingan hanya menghasilkan output voltan atau elektrik lain yang perlu ditafsirkan oleh alat lain (seperti komputer). Kebanyakan penderia adalah elektrik atau elektronik, namun ada juga penderia jenis lain. Bagi mencapai kejituan mutlak, pententukuran harus digunakan.
Penderia digunakan dalam alat-alat kegunaan harian seperti butang penaik peka sentuh atau lampu yang digelap atau diterang dengan menyentuh tapaknya. Aplikasi penderia termasuk dalam pembinaan automobil, mesin, aeroangkasa, perubatan, industri dan robotik.
Kesensitifan penderia menunjuk beberapa banyak output penderia itu berubah apabila kuantiti yang diukur berubah. Sebagai contoh, kalau merkuri dalam dalam termometer bergerak 1 cm apabila suhu berubah 1 °, kesensitifannya ialah 1 cm/1°. Penderia yang mengukur perubahan yang sangat kecil mesti mempunyai kesensitifan yang tinggi.
Kemajuan dalam teknologi membolehkan lebih banyak penderia dihasilkan pada skala mikroskop seperti teknologi MEMS. Kebanyakan penderia mikroskop mencapai kepantasan dan kesensitifan yang lebih tinggi berbanding dengan penderia makroskop.

Sumber dari Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Untuk apa anda membayar jurugambar?

Untuk Entry Februari ini, kami ingin berkongsi sedikit pendapat daripada seorang jurugambar profesional tempatan, En. Hasnuddin Abu Samah yang mana malique sendiri adalah salah seorang anak muridnya sebelum betul-betul bergiat dalam industri fotografi ini. En. Hasnuddin merupakan seorang guru fotografi yang cenderung kepada teori dalam fotografi. Semasa menghadiri kelasnya yang diadakan di fototecher, beliau banyak berkongsi pengalamannya yang telah lebih 15 tahun berkecimpung di dalam dunia fotografi. Jadi untuk kali ini kami memilih tokoh ini untuk berkongsi pendapatnya melalui artikelnya yang bertajuk untuk apa anda membayar jurugambar. Artikel ini amat jelas menerangkan situasi yang sebenar kepada bakal pelanggan tentang perkara-perkara yang tidak diketahui oleh mereka. Selamat membaca.

Seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona Pengantin -Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif dan Fototeacher.

Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:

1) Kos Peralatan Kamera Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurugambar Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya. 

3) Masa Perkhidmatan Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan. 

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan. 

5) Kos material Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.

Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.