Kepentingan Ilmu Dalam Fotografi


oleh : Malique.MRphoto

Salam semua. Apa khabar. Rasanya masih belum terlewat untuk saya ucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini. Bagaimana dengan Syawal anda? tentu meriah kan. Bagi saya pula, Syawal kali ini bergitu bermakna dengan kehadiran puteri sulong saya yang lahir seminggu sebelum Raya. Syukur. walaupun tak sempat buat persediaan raya (tak beli baju raya pun), kehadiran Ameera Raisya cukup membehagiakan.

Ok la, untuk enteri kali ini, saya ingin berkongsi sedikit dengan pembaca-pembaca blog ini terutamanya yang berminat dalam bidang fotografi iaitu berkenaan kepentingan ilmu dalam fotografi. Walaupun sedikit, saya harap ianya dapat membantu anda dalam memahami dan mendalami maksud disebalik artikel ini.

Sama ada kita seorang pemula (beginer) atau sudah lama dalam bidang fotografi, tidak boleh dinafikan bahawa ilmu amat penting dalam setiap langkah pertama yang diambil. Tanpa ilmu, hasil kerja dalam memotrait gambar pastinya tidak sempurna. Sebagai contoh, jurufoto perlu mempertimbangkan komposisi subjek, penggunaan aperture, shuter speed dan ISO yang sesuai. Paling penting, dalam pengawalan kamera adalah cahaya. Ini kerana kamera adalah cahaya dan tanpa cahaya kamera tidak akan berfungsi dengan baik. Pengawalan aperture, shuter speed dan ISO semuanya berkaitan cahaya.

Bagaimanakan untuk mendapatkan gambar yang baik? jawapannya adalah ILMU. Ilmu boleh diperolehi dari pelbagai medium yang sentiasa terdedah kepada kita setiap masa. Media massa, media cetak, internet dan sebagainya adalah sumber-sumber ilmu yang paling senang untuk diperolehi serta percuma. Tapi kata orang, ilmu yang baik adalah ilmu yang diajar terus oleh guru-guru. Bagi yang berkemampuan, medium terbaik untuk mendapatkan ilmu adalah dengan menghadiri kursus-kursus yang semakin banyak dianjurkan oleh otai-otai photographer di Malaysia ini. Tidak rugi melaburkan sedikit wang untuk mendapatkan ilmu. Saya sendiri sebelum betul-betul serius dalam bidang wedding photography ini juga turut menghadiri kursus-kursus fotografi antaranya yang dianjurkan oleh fototeacher.

Banyak perkara baru yang boleh kita belajar dan banyak perkara baru yang boleh kita buat dengan adanya ilmu. Ada juga sahabat-sahabat saya yang tidak pernah pergi kursus-kursus fotografi tetapi boleh sustain dalam bidang fotografi kerana mereka belajar dari pengalaman yang juga merupakan guru yang terbaik. Bak kata sarjana-sarjana dahulukala ilmu tanpa amal, ibarat pohon tidak berbuah. Ilmu bukan sekadar dalam aplikasi teori tetapi juga melalui praktikal. Kesan ilmu akan lebih baik jika ia digilap dengan latihan serta diasimilasikan dengan bakat sedia ada. Bakat boleh digilap tapi ia tetap perlukan ilmu.

Dalam wedding photography, kemahiran mengambil gambar yang cantik semata-mata masih belum mencukupi untuk sustain. Ia perlu ditambah dengan kemahiran pemasaran (marketing). PR perlu bagus serta perlu sentiasa rajin untuk membuat marketing. Hasil kerja yang baik akan menjadi buah mulut pelanggan dan cara kita tackle pelanggan juga harus diambilkira. Semuanya memerlukan ilmu bukan? Jadi jelas dan nyata bahawa ilmu amat penting dalam bidang fotografi disamping kesungguhan dan minat yang mendalam. Berusaha untuk memajukan diri sendiri. Jangan asyik melihat kelemahan orang tanpa melihat kekurangan diri. Belajar untuk menerima teguran dan memperbaiki kelemahan.