oleh: Malique (MRphoto)
Salam
sahabat-sahabat. Untuk enteri pertama Mei 2012 ini saya ingin berkongsi
pengalaman daripada guru fotografi saya iaitu Cikgu Hasnudin Abu Samah iaitu
salah seorang otai dalam bidang fotografi perkahwinan. Beliau merupakan
pengasas Adan Impresif yang kini lebih dikenali sebagai FOTOTEACHER. Beliau
banyak membimbing pendatang-pendatang baru dalam industri fotografi khususnya
dalam teknik dan teori fotografi. Kepada yang berminat nak tahu lebih lanjut
tentang beliau atau nak join kelas-kelas yang ditawarkan oleh fototeacher,
boleh lawati web www.fototeacher.com .
Mai kita baca apa yang beliau komen tentang trend kreatif
photographer-photographer masa kini. Tulisan beliau ini dah lama dan saya cuba
untuk membawa sahabat-sahabat untuk membaca semula tulisan beliau kerana ia
juga amat berguna untuk dijadikan sumber rujukan.
Oleh Hasnuddin Abu Samah (FOTOTEACHER)
(Telah diubahsuai dari entry asal di blog FOTOTEACHER bertajuk Kreatif Tak Tentu Hala @ Syok Sendiri – 10 November 2008)
Tadi saya sempat dengar feedback dari seorang client yang tak
berapa puas hati dengan hasil gambar yang dia dapat. Client ini baru kahwin. Jadi,
semasa majlis perkahwinan dia baru-baru ini, dia telah upah seorang photographer. Photographer ini banyak shoot gambar-gambar
ala-ala kreatif dengan ‘trend terkini’.
Masalahnya, client ini sudah melepasi usia
‘remaja’ dan jenis yang ada ‘citarasa‘. Client macam ini biasanya tidak
berapa suka gambar yang terlalu
kreatif dan style gila-gila. Gambar sebegini
biasanya hanya digemari oleh pengantin remaja. Pengantin yang bukan remaja dan
dari golongan pertengahan ke atas, lebih suka gambar standard yang cantik dengan sedikit
sentuhan kreatif. Jadi, jurugambar seharusnya tahu, gambar jenis macamana yang
boleh tackle hati
pengantin.
Kalau shoot gambar kreatif yang
berpada-pada, saya rasa, ramai orang boleh terima. Kreatif itu memang bagus
-yang menjadi masalah sekarang ini, gambar kreatif yang sudah jadi karya syok
sendiri; gambar yang dirakam tanpa memikirkan ‘hati dan perasaan’ orang lain.
Ramai jurugambar sekarang
terikut-ikut dengan trend dan
pelbagai gaya fotografi. Yang mengikut itu pula, tidak tahu kenapa dia
mengikut. Yang dia tahu, dia mengikut sahaja. Orang shoot pakai fisheye lens, dia ikut. Orang shoot low angle, dia ikut. Orang shoot candid, dia ikut.
Nak shoot pakai fisheye lens, kenalah tengok subjek yang sesuai. Bukan semua
subjek sesuai dirakam guna fisheye lens. Kalau
boleh, janganlah letak muka subjek di bucu framing sampai
kembang muka subjek kita tu dek distortion. Kita sebagai
jurugambar memanglah suka efek distortion dan perspectiveyang unik ini. Tapi, kita
kena tanya diri kita, siapa yang bayar kita ambil gambar ni? Dia sukakah apa
yang kita suka? Client ni,
selalunya dia tak complaint depan-depan
kita – maklumlah, orang Melayu penuh dengan sopan santun. Tapi, saya banyak
kali dengar client complaint pasal kes
gambar herot dan kembang ni. OK, sebelum saya diserang, saya nak buat disclaimer. Kalau ada jurugambar yang
memang confirm kata client dia
sangat suka gambar muka herot dan kembang – then,
go ahead. Janji client suka.
Lagi satu, pasal isu distortion ni, saya
bercakap untuk wedding
photography saja. Bidang fotografi lain seperti fine
art, photojournalism dan sebagainya, saya taknak komen pasal distortion. Itu dah tajuk lain.
Lagi satu pasal shooting dari low angle. Shoot dari low angle ni memang dah ada dalam
teknik fotografi sejak zaman Tok Kadok lagi. Cuma sekarang ni dah terover popular. Kalau nak shoot low angle tu memanglah boleh. Tapi,
kena tengoklah jugak kalau-kalau angle tu
mencacatkan gambar, terutamanya muka subjek kita. Satu orang client ni complaint kat saya, ada sorang jurugambar ni banyak shootgambar kahwin dia dari low angle. Kata client ni, lubang hidung dia
nampak besar dari low angle. Lubang
hidung dia ni dahlah memang besar, shoot pulak dari low angle, memang
nampak lubang hidung je la.
Lagi satu complaint yang selalu saya dengar
dari client ialah
pasal photographer shoot gambar
kandid budak-budak. Budak-budak kecil ni memang comel. Tapi, kalau boleh, kena
tengok jugak, apa hubungan budak kecil tu dengan pengantin dan samada pengantin
suka atau tidak gambar-gambar kandid macam ni. Janganlah main tembak saja – shoot gambar kandid budak-budak
ni sampai 50 frame,
macam-macam gaya, sampai lupa nak shoot gambar pengantin. Alih-alih, budak kecil tu rupanya anak
kepada kawan kepada pakcik kepada jiran kepada mamat yang supply P.A. System
kat majlis kahwin tu. Tak ke haru. Gambar budak tu pulak dah dimasukkan dalam custom album, dengan centre spread layout.Double haru…
Minta maaf kalau saya ada menyinggung mana-mana pihak dalam
artikel ni. Sekadar berkongsi dan menyampaikan apa yang saya dengar dari
pelanggan – untuk kebaikan kita bersama. Apa yang saya tulis, hanya betul bagi
pendapat saya dan saya percaya, ada pendapat lain yang betul juga.