oleh : Malique.MRphoto
Salam semua. Apa khabar. Rasanya
masih belum terlewat untuk saya ucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada
semua pembaca blog ini. Bagaimana dengan Syawal anda? tentu meriah kan. Bagi
saya pula, Syawal kali ini bergitu bermakna dengan kehadiran puteri sulong saya
yang lahir seminggu sebelum Raya. Syukur. walaupun tak sempat buat persediaan
raya (tak beli baju raya pun), kehadiran Ameera Raisya cukup membehagiakan.
Ok la, untuk enteri kali ini,
saya ingin berkongsi sedikit dengan pembaca-pembaca blog ini terutamanya yang
berminat dalam bidang fotografi iaitu berkenaan kepentingan ilmu dalam fotografi.
Walaupun sedikit, saya harap ianya dapat membantu anda dalam memahami dan
mendalami maksud disebalik artikel ini.
Sama ada kita seorang pemula (beginer) atau sudah lama dalam bidang
fotografi, tidak boleh dinafikan bahawa ilmu amat penting dalam setiap langkah
pertama yang diambil. Tanpa ilmu, hasil kerja dalam memotrait gambar pastinya
tidak sempurna. Sebagai contoh, jurufoto perlu mempertimbangkan komposisi
subjek, penggunaan aperture, shuter speed dan ISO yang sesuai. Paling penting, dalam pengawalan kamera adalah
cahaya. Ini kerana kamera adalah cahaya dan tanpa cahaya kamera tidak akan
berfungsi dengan baik. Pengawalan aperture,
shuter speed dan ISO semuanya
berkaitan cahaya.
Bagaimanakan untuk mendapatkan
gambar yang baik? jawapannya adalah ILMU. Ilmu boleh diperolehi dari pelbagai
medium yang sentiasa terdedah kepada kita setiap masa. Media massa, media cetak,
internet dan sebagainya adalah sumber-sumber ilmu yang paling senang untuk
diperolehi serta percuma. Tapi kata orang, ilmu yang baik adalah ilmu yang
diajar terus oleh guru-guru. Bagi yang berkemampuan, medium terbaik untuk
mendapatkan ilmu adalah dengan menghadiri kursus-kursus yang semakin banyak
dianjurkan oleh otai-otai photographer
di Malaysia ini. Tidak rugi melaburkan sedikit wang untuk mendapatkan ilmu. Saya
sendiri sebelum betul-betul serius dalam bidang wedding photography ini juga turut menghadiri kursus-kursus
fotografi antaranya yang dianjurkan oleh fototeacher.
Banyak perkara baru yang boleh
kita belajar dan banyak perkara baru yang boleh kita buat dengan adanya ilmu.
Ada juga sahabat-sahabat saya yang tidak pernah pergi kursus-kursus fotografi
tetapi boleh sustain dalam bidang
fotografi kerana mereka belajar dari pengalaman yang juga merupakan guru yang
terbaik. Bak kata sarjana-sarjana dahulukala ilmu tanpa amal, ibarat pohon
tidak berbuah. Ilmu bukan sekadar dalam aplikasi teori tetapi juga melalui
praktikal. Kesan ilmu akan lebih baik jika ia digilap dengan latihan serta
diasimilasikan dengan bakat sedia ada. Bakat boleh digilap tapi ia tetap
perlukan ilmu.
Dalam wedding photography, kemahiran mengambil gambar yang cantik
semata-mata masih belum mencukupi untuk sustain.
Ia perlu ditambah dengan kemahiran pemasaran (marketing). PR perlu bagus serta
perlu sentiasa rajin untuk membuat marketing.
Hasil kerja yang baik akan menjadi buah mulut pelanggan dan cara kita tackle pelanggan juga harus diambilkira.
Semuanya memerlukan ilmu bukan? Jadi jelas dan nyata bahawa ilmu amat penting
dalam bidang fotografi disamping kesungguhan dan minat yang mendalam. Berusaha
untuk memajukan diri sendiri. Jangan asyik melihat kelemahan orang tanpa
melihat kekurangan diri. Belajar untuk menerima teguran dan memperbaiki
kelemahan.