oleh : Malique (MR. Photo)
Salam Pertemuan. Terima kasih
kerana sudi membaca ruangan posting
ini. Seperti biasa saya akan berkongsi pandangan dan pengalaman saya dalam
bidang fotografi yang tak seberapa ini dan yang boleh juga saya istilahkan diri
saya sebagai pemerhati trend dan style photographer masa kini.
Tentu ramai yang pernah lihat style modeling photoshoot yang terpapar
diruangan iklan, majalah dan billboard
di tepi-tepi jalanraya dan lebuhraya. Menarik bukan? dengan possing yang sesuai serta ‘ada style’ untuk memperagakan produk
syarikat yang diwakili masing-masing. Strategi menggunakan subjek yang sesuai
untuk sesuatu produk yang diwakili adalah startegi yang baik kerana ia mampu
menarik perhatian dan minat pelanggan supaya membeli produk mereka di pasaran.
Ia boleh dianggap sebagai persaingan hebat antara syarikat-syarikat pengeluar
dengan menggunakan ‘iklan bisu’ dan hanya perlu menggunakan subjek dan
kata-kata manis sehingga mencairkan hati setiap yang melihat.
Subjek yang biasa digunakan untuk
memperagakan produk masing-masing adalah sama ada seorang model ataupun
artis-artis terkenal. Biasanya untuk lebih cepat laris, golongan artis yang
biasa digunakan. Guna bukan sebarang guna, tapi ‘masyukkkkk’.
Kenapa saya bercerita tentang
produk dan pengiklanan? apa kaitan dengan fotografi perkahwinan? mai saya
cerita. Sama ada anda perasan atau tidak style
possing wedding photographer pada ketika ini lebih kepada possing modeling. Pandang kanan, pandang
kiri, pandang atas dan pandang mana-mana sahaja la tanpa memandang kamera. Adakah
ianya salah? TIDAK salah. Idea dan kreativiti masing-masing. kalau pengantin
suka, buat je.
Apa pandangan saya terhadap modeling possing style? Saya juga
kadang-kadang ambil gambar menggunakan modeling
possing, tapi tak banyak la. Pada saya pengantin bukan model atau bahan
ujikaji. Ambil sikit-sikit possing model
yang selebihnya saya suka lebihkan mengambil gambar moment. Saya sukakan gelak tawa pengantin dan ia sangat indah untuk
ditatap tanpa jemu. Moment bukan
bermakna gambar yang terjadi secara semula jadi sahaja. Kadang-kadang moment juga hadir semasa kita cuba
mewujudkan suasana di antara pengantin. Istilah moment yang hadir secara semulajadi yang lebih dekat dengan bibir
kita adalah ‘candid’. Moment juga boleh hadir dengan
penggunaan tone pada kamera ataupun enhance dari photoshop. Walaubagaimanapun, tak semua moment itu bermakna kepada pengantin, justeru setiap photographer perlu ada seni tambahan
iaitu ‘seni melihat’ atau art of seeing.
Dengan perletakan komposisi yang betul dan menarik, moment pasti hadir.
Tidak kisah apapun style yang digunakan, macam biasa yang
pentingnya pengantin suka dan orang-orang yang melihatnya juga turut suka.
Sekali seumur hidup kan.