oleh : Malique (MR.Photo)
Alhamdulillah, tambah satu bulan
lagi dalam tahun 2012 ini. Untuk enteri pertama bulan April ini, saya ingin
berkongsi kepada rakan-rakan pembaca berkenaan satu topik yang saya kira menarik
untuk diketengahkan. Apa pandangan anda sekiranya diajukan soalan perlukah
menggunakan khidmat jurugambar perkahwinan untuk majlis perkahwinan anda atau
adakah kalau anda tidak mengupah jurugambar, anda dikatakan tidak mengikut trend semasa?
Pandangan peribadi saya sendiri adalah,
‘Ya’ saya perlukan jurugambar untuk majlis perkahwinan saya kerana mereka akan
mendokumenkan hari bersejarah saya yang bakal diingati dan dipertontonkan
kepada anak cucu saya nanti. Untuk jawapan adakah saya tidak mengikut trend jika tidak mengupah jurugambar perkahwinan,
jawapan saya ‘tidak’ dan ‘ya’. Jawapan ‘Tidak’ adalah kerana saya tidak perlu
mengikut trend kerana ia bergantung
kepada kemampuan saya. Jawapan ‘Ya’ pula adalah kerana apabila selesai majlis
perkahwinan, ramai akan bertanya atau meminta untuk melihat album perkahwinan
saya dan pada masa itu saya akan menyesal kerana tidak mengupah jurugambar pada
majlis perkahwinan saya. Pernah juga saya mempunyai impian untuk melihat gambar
perkahwinan ibu bapa saya dahulu, tapi sayang tidak ada, mungkin kerana
kesempitan hidup dahulu maka ibu bapa saya tidak mampu mangupah jurugambar atau
tidak terfikir langsung untuk mengupah jurugambar kerana pada masa itu, trend mengupah jurugambar hanyalah
dikalangan mereka yang mempunyai kedudukan dan harta sahaja. Tetapi apa yang
boleh dikongsikan bersama di sini adalah, anak-anak saya akan datang tidak
dapat melihat gambar perkahwinan saya dan isteri jika saya tidak mengupah
jurugambar hari ini.
Sama ada mengikut trend atau tidak, itu bukanlah isu yang
besar. Yang penting adalah kemampuan dan
keinginan pasangan pengantin sendiri. Namun begitu, kelahiran ramai jurugambar
majlis perkahwinan pada ketika ini memberikan satu fenomena berbeza yang tidak
mampu ditolak oleh setiap pasangan yang ingin berumahtangga. Sebut sahaja nak
kahwin, pilihan jurugambar terbentang luas di depan mata dan di hujung jari.
Letakkan saja penanda aras harga, bermacam sebut harga terhidang di depan mata
dan di corong telinga (Pilih baik-baik dik). Ia bagaikan satu virus yang
menyerang pengantin dalam pencarian jurugambar.
Bercakap tentang trend juga, kini wujud berbagai trend possing dan kreativiti dari
jurugambar (macam-macam ada). Dari possing
melompat, meniarap, memanjat, memandang langit, memandang kanan dan kiri, main
kejar-kejar sehingga possing di dalam
air. Tidak kira apa pun bentuk possing
anda, yang penting pengantin suka dan rela untuk membuatnya. Melalui
pemerhatian saya dan pandangan saya sendiri, jurugambar-jurugambar masakini sentiasa
bersaing untuk memperlihatkan kreativiti mereka yang dianggap berbeza dari
jurugambar lain. Oleh kerana itulah lahirnya berbagai-bagai possing yang rata-ratanya boleh diterima
oleh masyarakat yang melihat dan tak kurang juga ada yang tak suka. (Saya suka
yang simple tapi ada moment). Ada juga jurugambar yang berada
dalam ketegori ‘Syok Sendiri’. Main redah saja possing tanpa bertanya kepada pengantin, mereka suka atau tidak possing tu. Dik, kita nak ambik gambar
pengantin, jadi jangan ketepikan pendapat mereka. Mungkin kita jurugambar yang
sukakan landskap dan portfolio kita pun banyak gambar
pengantin dan landskap, tapi kena tanya pengantin juga mereka suka bentuk
gambar yang macam mana, sama ada landskap
atau portrait. Kalau dah semua gambar
yang kita ambil lebih fokus pada landskap,
mana perginya moment perkahwinan
mereka. Sekeping dua boleh la ambik gambar landskap,
selebihnya ambil la gambar portrait (gambar
yang lebih memfokuskan wajah mereka). Dan juga satu ingatan, jangan buat possing membahayakan diri pengantin
mahupun jurugambar sendiri. Aspek keselamatan, perlu diutamakan.
Selain trend possing, satu perkara yang menjadi trend terbaru jurugambar kini adalah ‘editing’ pada gambar. Pagi-pagi buka facebook, terpapar
macam-macam jenis editing gambar
perkahwinan (pada yang add jurugambar
la). Ada editing biasa, tone dan tak kurang juga editing melampau. Dik, untuk publish tak menjadi masalah untuk buat editing melampau, tapi untuk album, tolong
elakan editing melampau. Ini kerana, editing melampau akan menghilangkan
keaslian gambar tersebut. Tak perlu saya ceritakan apa itu editing melampau, masing-masing tahu perkara tersebut. Akan tetapi,
kalau pengantin suka, tidak menjadi masalah untuk edit melampau sehingga tidak boleh diterima oleh akal sekalipun.
Itu semua pendapat peribadi saya
sahaja. Masing-masing ada cara tersendiri dalam berkarya. Yang penting
pengantin puas hati. Tidak kira apa pun konsep yang kita gunakan, lakukan
dengan terbaik kerana gaji ‘halal’ yang dibayar kepada kita adalah untuk
sesuatu yang terbaik sepertimana yang mereka harapkan.
(Apa pula trend 2013 ye? emmmm?????)