Fotografi dan Pengawalan Situasi

Oleh:  Malique (Mr.Photo)

Semua peminat fotografi tentunya mempunyai pengalaman tersendiri dalam bidang fotografi sama ada ianya pengalaman manis ataupun pahit. Bagi yang benar-benar meminati seni fotografi, setiap pengalaman yang ditimba akan menjadikan mereka lebih komited dan bersemangat untuk memperbaiki mutu gambar yang di ambil. 

Menimba ilmu adalah salah satu cara untuk setiap peminat fotografi untuk memperbaiki mutu seni fotografi masing-masing. Walaubagaimanapun, menimba ilmu biarlah dengan cara yang betul. Banyak cara yang boleh mendatangkan 2 perkara sekaligus iaitu ilmu dan pengalaman. Ada dikalangan photographer yang menjadikan kelas-kelas fotografi sebagai flatform untuk bermula dalam industri seni fotografi, ada yang bermula dari tunjuk ajar dari kawan-kawan, ada yang bermula dari majalah dan juga tak kurang juga yang menimba ilmu dari media massa. Walau apa pun pendekatannya, apa yang penting adalah minat yang mendalam terhadap apa yang kita buat dan perlulah mempunyai focus dan matlamat yang jelas dalam industri ini. Mungkin ada di kalangan kita yang menjadikan fotografi sebagai hobi sahaja dan tak kurang juga yang serius menjadikan fotografi sebagai punca pendapatan utama dan sampingan. Walau apa pun tujuan seni fotografi kita, jangan sesekali kita merosakkan industri ini dengan sikap pentingkan diri serta melakukan penipuan terhadap pelanggan-pelanggan kita. Mereka telah memberikan kepercayaan kepada kita dan yakin bahawa kita akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka. Seharusnya kepercayaan mereka itu kita balas dengan mutu kerja yang terbaik dan terindah buat mereka. 

Tidak dinafikan bahawa kadang-kadang terdapat juga pelanggan yang melebihi had sehingga memeningkan kepala Photographer. Disinilah kita sebagai photographer perlu rasional dan menjadikan perbincangan sebagai jalan terbaik untuk mencapai keputusan. ikut hati mati, ikut rasa binasa. Biar keadaan berada dalam situasi ‘menang-menang’ kepada kedua-dua pihak.

Industri fotografi sangat indah, seninya juga sangat indah. Sama-sama la kita menjaganya supaya yang dikejar dapat, yang dikendong tidak berciciran. kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi..zzzzzaaaaassss.